✿Followers✿

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

Bingkisan tulus dari Adam untuk Hawa ;)


Hawa ku..
meski aku Adam, gagah luaran ada kala aku tewas dengan godaan. walau aku Khalifah bagimu, kadangkala aku tersungkur akibat nafsu. Nafsu ku satu akalku sembilan, namun yang satu membuat aku diluar kawalan, aku juga lemas dalam lautan duniawi. andai aku leka ingatkan aku untuk kembali, kerana sesungguhnya di balik seseorang lelaki berdiri seorang wanita.

Hawaku,
walau aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru ingatkan aku tingkatkan ibadah agar aku dapat menjadi suami soleh. ingatkan aku agar selalu mengalunkan Kalamullah agar dapat memandu mu ke jalan syurgawi. aminkan bacaan ku agar luas syurgamu.

Hawaku,
aku suka jika kau menutup dari pandangan luar. aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi
sebaliknya kau titipkan untuk zauj mu kelak. aku suka jika kau bidadari mengejar kebahagiaan ukhrawi. aku suka jika kata kata mu berhemah. aku suka jika kau mampu berdikari kelak kau boleh berdiri sendiri. lagi indah jika kau kau berperibadi mulia kerana itu sebaiknya. aku suka jika kau pandai menjaga maruah dan bersopan santun. peliharalah agama seperti kamu menjaga aurat mu dengan rapi. siramlah hati dengan taqwa. hiasi diri dengan sifat mahmudah. agar kelak tidak dipandang lemah.meski kau dicipta dari tulang rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia, oleh itu ingatlah aku Adam mu yang sering alpa dan leka.

dipetik dari dara.com 08
hati gedix ayam; pesanan buat diri ku juga. Insyaallah menuju kebaikan itu yang utama.siapa yang taknak muslimah yang diredhai Allah kan?

0 0 budak happy:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...