Adamku.
kau adalah imam dan aku adalah makmum. aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. jika kau benar maka benarlah aku. jika kau lalai, maka lalai jua aku. wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. akal mu sembilan, nafsu mu satu. akal ku satu, nafsu ku beribu. oleh itu, kau pimpinlah aku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu.
Adamku,
aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu agar diberkati Yang Maha Esa. kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. ajarilah aku Yassin dan Al-Quran. kau ajarkanlah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam jumaat yang barakah. bimbinglah aku dengan amar maaruf nahi mungkar.
Adamku,
ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. didiklah aku supaya menjadi permata. selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekalan ke jalan Allah. bantulah aku adam agar aku tidak beku dan otakku tidak buntu. selamatkanlah aku dari neraka. pimpinlah aku menuju al-Jannah. tarbiahlaah aku agar aku menjadi calon serikandi solehah. moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah, setulus kasih Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabia'tul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumaiyah, seikhlas hati Halimatus Sa'adiah dan segagah Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela khalifah Allah. seindah hiasan adalah wanita solehah. Moga aku hiasan terindah hidupmu Adam. InsyaAllah..
credit to Dara.com 2008

2 0 budak happy:
mcm awal nk kawen je..hehe
uikss!mane ade!itu kan sekadar peringatan jek.hahaha.jgn macam2..
Post a Comment