✿Followers✿

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 27, 2011

lama VS baru

salam semuaa..


barang lama VS barang baru. mana yang kita hargai lagi? mana yang kita lebih sayang eh? barang lama muncul dulu kan dari barang baru? kalau aku pun susah jugak buat pilihan tuh. katakanlah barang lama tuh kite sayang kan kemudian hilang. lama sikit dapat barang baru..barang baru pun sape tak sayang kan. tup tup eh jumpa dah barang lama yang hilang tuh.. so nak guna dua dua ke? tak boleh pilih salah satu ek? tolong jawabkan ek persoalan aku tuh.hehe.

seorang sahabat telah mencelikkan mataku agar tidak terus hanyut bermimpi. tenang sikit hati dengar beberapa pendapat.. kadang kala kita kena diskusi dengan orang mungkin banyak sikit ilmunya dari kita ye tak?kata seseorang ''semakin banyak benda yg kita tahu ,semakin banyak benda yg kita tak tahu utk kita tahu '' so ada lah juga input input perbualan yang aku dapat walaupun perbualan tuh kadang2  aku suka melawak bodohkan haha.

 memang aku macam tuh happy go lucky.dalam berbincang haruslah bergurau.hehe.. aku bercerita mengenai kahwin awal. tapi tulah tak semua orang berfikiran sama kan. kalau semua orang berfikiran simple mudahlah. kerana islam itu mudah.betol kan? aku juga baru sedar sikap kita pada Allah.pabila nak sesuatu, kita mohon sangat sangat dengan Allah tapi kita sendiri selalu lalai nak buat apa yang disuruh lambat tunaikan solat.. peringatan buat diri aku jugak tuh .huhu.

bila kita didatangi dugaan janganlah kita bersedih..sesungguhnya Allah sayang pada kita..dia ingat pada kita.sebab tu dia bagi kita ujian..dalam ramai 2 hambanya kita yang terpilih. dan bila Allah lambat makbulkan apa yang kita mohon Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. bila Allah ambik sesuatu daripada kita, jangan sedih Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita. redha dengan apa yang Allah tentukan.aku pon nak cerita pasal agama takdelah hebat sangat.masih lagi belajar jugak..sekadar coretan buat diri aku juga nih..semalaman aku berfikir dalam dalam tentang diri aku.mungkin muhasabah diri. dan dapat juga motivasi daripada teman teman. membuka lagi fikiran ku. Alhamdulillah aku dikurniakan nikmat itu. aku harap hatikuh makin tenang InsyaAllah.

0 0 budak happy:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...