✿Followers✿

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 6, 2015

Lawatan Akademik UNAND dan BUKITTINGGI PART 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamualaikum ~


trip ke korea tak habis update lagi, tapi insist nak update trip ke Bukit tinggi, indonesia. hehe. aku akan cuba habiskan dalam satu update je trip 4 hari 3 malam ni. Trip akademik asalnya, tapi ;agi 3 hari tu sight-seeing. 30/11/2015 hingga 3/12/2015.

30 Nov 2015
Tempat yang dilawati

1) Universiti Andalas

Flight kami pagi tu jam 7.50 pagi. so malam tu kami tidur di rumah ain. dalam 15 minit ke KLIA2. dalam jam 4.30 pagi kami dah gerak ke KLIA2. awal kan? sebab masing-masing trauma taknak kena tinggal flight. mujur dah buat web checkin dulu. so takdela gaduh nak beratur kat kaunter. sampai klia pun tengok ramainya orang. so KLIA2 memang tak tidur aku rasa. haha. setel imigresen baru boleh duduk dengan tenang. amik masa 45 minit juga lah rasanye dari masuk KLIA2 sampai ke gate P19 haha. punyalah hujung oi. perut pun lapa niat kat hati nak beli dunkin donut sekali ada jual sandwich ngan air je. belila latte ais 12 hinggit isi perut. sebab panas berjalan jauh thats why beli ais kul 6 pagi hehe. setel solat dalam 7.30 pagi boarding gate dah buka so prepare for boarding.
with DR Noorlis
perbezaan waktu dekat sana, kat Padang lambat sejam dari Malaysia. dalam jam 8.00 pagi kami sampai padang. setel imigresen, perkara pertama aku cari adalah kamar kecil haha. memang satu je tandas dalam toilet kat Bandara Minangkabau tu. then kami bergmbar depan airport.
ahli trip akademik
setel bergambar mohler bergerak ke Uni andalas. tapi perut lapar. so we olls decide nak sarapan dulu. dahla kena present perut lapa pulak memang tak boleh jadi lah cito eh.
take a break here

kitorang order mee goreng and jus oren kat sini. sedap tapi little bit masin hehe. jus oren die limau kampung warna hijau tu sedap oi~! ade aiskrim vanilla okay.
next teruskan perjalanan ke uni andalas or lebih dikenalu UNAND. dalam perjalanan ke sana jumpa masjid raya apa tah nama die. dalam pembinaaan lama juga tak siap-siap lagi.
ni lah masjidnya,


okay sampai sudah unand. kecuit peruit dah datang. sampai sahaja di bangunan postgrad ramai jugak orang aku pikir 2-3 orang lecturer je. sekali bila introduction bapak bapak dan ibu-ibu dekan yang ddatang haaa.
bangunan postgrad
ni part of student master unand
yang janggut putih tu rektor. yang lain dekan-dekan

setel perbincangan kerjasama dan kata kata aluan. yang lecturer atas-atas bergerak ada urusan masing-masing. ingatkan takde presentation. sekali haaa bersedialah!! haha. present and ada lah soalan 2-3 ketul. as usual projek aku biasa-biasa aje. soalan seketul je. haha. dah lah aku buat clumsy thing masa present. nak buat camna terrr keluar tanpa disangka. tengah present boleh mengeluh sebab slide aku present tak habis-habis. haha. nak mengeluh dalam hati sekali terkeluar di mulut. maafin gue ya. hihi.
happy lepas present
makanan dapat masa datang. kuih ada cili tu sodap
selpie dengan kawan baru hee
seleasai borak dengan kawan kawan baru. dalam kul 2 tengahari gerak ke bukit tinggi. dalam perjalanan dapat tengok macam-macam pemandangan di bandar padang. hehe.
banyak nampak kereta camni. ni public transport tapi macam prebet sapu lah kat malaysia. legal public trasnport dorang bas je.

tak sempat nak amik gambar station bas. kat station bas dorang takde tangga. and station bas punya platform tinggi. so dia buat takde tangga sebab nak elakkan bas berhenti tempat yang tak sepatutnya. kalau tak da tangga tu tinggi jugakla nak lompat. tu pak tono lah bagitahu.

tak tahu bangunan apa ni. tapi macam ofis lah kat sana. cantik designnya,

singgah makan tengahari dekat Restoran Sederhana.
Sederhana sungguh hehe
ni muara dari laut. sebelah kedai makan.
suasana dalam Rumah makan atau senang restoran tu selesa sangat, toilet pun tip top~! makan makanan padang dengan nasi. then proceed to bukit tinggi. tak sabar nak check in hotel. tapi malam juga baru masuk hotel. sebab jauh nak ke sana, then kitorang dinner dulu,

Fuhhh baru sehari punya cerita aku dah penat niii. Zzzzz... Dr Noorlis bagitahu jalan ke bukit tinggi banyak selekoh. dia suggest kami makan ubat mabuk. lepas makan ubat tu taw apa jadi? sume masuk ke alam mimpi. memang ngantuk sangat sangat hahha. nak buka mata pun tak boleh. sampai Pak tono cakap sorang-sorang kat depan. banyak kali dia benti kat pantai nak suruh kitorang turun bergambar. yang aku sedar aku bangun jawab taknak turun and amik fon snap pic then zzZZz balik haha. lagi pun masa tu nak hujan.
ni lah hasil amik masa mamai-mamai.

okay next pitstop masa nak sampai bukit tinggi banyak laluan keretapi kat sana kat bukit pun ada keretapi punya rail. kami singgah makan. lagi. makan malam. kerjaan nya makan sajo di sini. makanan padang memang masin. setelah beberapa kali makan so conclusionnya orang sana suka makanan masin-masin. lauk adalah dalam 8-9 jenis . so cuit sana sikit memang kenyang. nasi tak banyak pun makan,
makan makan
selepas makan finally campago hotel here we are. hotel dua level je. dapat level 2. best dik non hotelnya. fewwitt~!


peh rindu pulak kat katil hotel ni. hotel okay channel tv pun banyak best. cuma bilik kitorang satu lampu tak nyala. and salur air kat shower slow sikit turun. mujur ada air panas. sejuk kot. atas bukit pulak. tapi ada aircond. aku ingat aircond tu tak function haha. lawak~! okay masing masing sampai bilik wasap family inform dah sampai. hee

1/12/2015
Tempat dilawati

1)Yeni Bordir
2) Bika Talago
3) Kedai Sulaman linduang bulan
4) Satu Karya Pandai Sikek
5) Tasik Singkarak
6) Istana Pagaruyung
7) Istana Silinduang Bulan
8) Restoran Flora
9)Kedai Kopi Kiniko
10) Restoran Ayam Penyet
11) Kedai Sulaman Bordir Cahaya


Pagi-pagi dah lepas sarapan prepare nak keluar jalan-jalan. wefie dulu depan hotel. btw makanan sedap. kalau mana-mana  hotel aku mesti suka makan roti bakar. hehe. jem kat campago hotel  sedapppp. habislah kalau mengidam nanti cemana. haha

aku cakap dengan aini kedai pertama aku nak beli telekung travel. sebab takde telekung travel. first destination Yenie Bordir. Gambar kedai tak sempat amik. Masuk masuk je waaa banyak gilo kain. hamik kau rambang mata. Bagi aku lepas pergi kedai kedai lain, kat sini quite mahal la jugak. tapi dorang kata kualiti kat sini okay. tapi sebab malas nak tunggu-tunggu lagi aku beli je terus kain untuk mama and fmil. haha fmil tak menahan. sini takde jual telekung travel. tapi aku usha juga telekung yang bukan travel. travel sulam ape tah nama dia nak bagi RM110. tapi aku tengok kain kecik. tak jadi nak beli.
rambang mata. ni baru sikit
kami dah berenang di lautan kain haha

kat yenie ni aku habis dalam RM160 lepas tawar wuwuw. menangis. duit bawak 300 je haha. tapi banker bagi lagi 150 ngee. aku tak aktifkan kad international sebab gaji tak masuk. sekali 30 nov upta masuk daaa. sadis sungguh. okay next on the way ke kedai lain kami singgah ke Kedai Sulaman Silinduang Bulan. dekat sini aku beli kain pelikat je dekat papa. yang lain lain tak berkenan di hati hihi. kat sini murah sikit daripada yenie. ada jual tshirt jugak. tapi aku still insist taknak beli sini nak beli kat tempat betul-betul souvnir. macam dah aim pasar atas.
ni namo kodai eh


nexttt on the way ke Pandai Sikek, singgah di Bika Talago. kat sini kedai jual kuih. ada kelapa, tepung beras bahan-bahannya. kedudukannya di kaki gunung merapi. tepi-tepi tu macam ada kawah gunung merapi. orang sana panggil gunung merapi hehe. kawasan pandai sikek ni kawasan tanah yang subur. macam-macam boleh tanam.
ni kat kawasan china town bukit tinggi
suasana pasar pagi di sana

kuih bika talago tu di masak dalam periuk besar lepas tu di bakar macam buat bahulu tu. tapi kayu untuk membakar menggunakan kayu manis (cinnamon). memang wangi and sedap. rupanya macam burger mcd tu haha. tak tahu satu keping tu berapa sebab madam hafizah belanje. murah rezeki kami ;)
cara penyediaan kuih bika talago
gunung merapi
zoom in sikit

luar kedai

sumber google. yang putih tu perasa ori. yang kanan campuran gula merah

perut dah kenyang jom pergi shopping ke Pandai Sikek. kenapa di beri nama pandai sikek? menurut pak tono, sebab gadis/perempuan kat kawasan tu pandai sikat rambut. maksudnya maybe macam pandai berhias la. kalau bahasa nogori pun sikat kan panggil sikek. banyak kedai kraf tangan dan souvenir di sini. tapi mata aku melekat dekat kedai satu karya je. plus aku pernah baca kat blog traveller lain, kedai satu karya tu memang recommendable.


terus aku aim telekung travel. dapat harga RM 23 kira murah lah kan? aku pun tanya besar tak? adik kedai tu pun buka telekung tu, aku pun tengok eh besar. apa lagi amik. then die promote pula telekung siti khadijah. aku pun macam pikir telekung st khadijah malaysia tu ke? yess~ sama sejebon gred A dia bagi rm100 shj. kalau gred B ke C tak pasti dia bagi rm 40/50. tapi aku memang aim yang gred A tu sebab besar pun besar, kalau kat malaysia telekung tanpa kain pun rm150, satu set dalam rm 200. so aku pun decide amik terus lepas tengok jahitan semua. decide nak cari tshirt. ada saiz L so beli la untuk orang "kirim" hihi. okay lepas bayar semua amik gambar sikit dalam kedai. dalam kedai ni ada tempat menenun. belakang kedai ada musolla dan banyak orang buat tempat tanaman.
acah acah konon

muka masing masing tak menahan haha sebab kepanasan matahari
meredah kolam ikan nak amik view belakang tu gunung merapi dan tanaman
habis duit kat sini, moh gerak ke Tasik Singkarak. on the way ke pagaruyung pit stop sini dulu. Tasik ni terjadi disebabkan gunung berapi tu, keluasan dalam 20km plus minus. Dekat sini ada kedai makan juga bolehla kalau nak minum-minum. tapi sebab kenyang lagi so we olls menikmati keindahan tasik je. plus poket masing masing sudah kuruih.
lepas tu gerak ke pagaruyung. memang kecik jalan ke sana. naik bas pulak tu. dah macam jalan kat kampung aku. kawasan pagaruyung batu sangkar ni quite panas. istana ni ada 3 level. penat juga nak naik 3 tingkat tu. bilik puteri yang belum bernikah terletak di level 2 istana. Level 1 bilik2 puteri yang sudah bernikah. Level 3 tempat penyimpanan alat senjata
Istana Basa Pagaruyung

level 2 istana basa
pemandangan belakang istana
pemandangan depan istana

okay depan sikit daripada istana basa ada istana silinduang bulan pulak. menurut cerita
Istano Si Linduang Bulan yang ada sekarang didirikan kembali di tapak Istano yang terbakar pada tahun 1961. Pembangunannya dimulai pada tahun 1987 dan diresmikan pada tahun 1989. Di Pagaruyung terdapat dua buah istana. Pertama, Istano Si Linduang Bulan, yang berdiri di Balai Janggo Pagaruyung, sebagai istana pengganti dari istana raja yang terbakar, sebagaimana yang dijelaskan di atas. Kedua, Istano Basa, yang mulai dibangun pada tahun 1976 di Padang Siminyak Pagaruyung (letaknya satu kilometer dari Istano Si Linduang Bulan) di atas tanah milik keluarga ahli Waris Raja Pagaruyung yang dipijamkan kepada pemerintah selama bangunan tersebut masih berdiri. Istano Basa didirikan atas biaya sepenuhnya dari pemerintah daerah Sumatera Barat yang berfungsi sebagai musium dan objek kunjungan wisata, sedangkan istano Si Linduang Bulan dibiayai oleh ahli waris dan anak cucu keturunan dari Daulat yang Dipertuan Raja Pagaruyung.
cantik ukiran kat sini

zoom in ukiran istana
perut pun dah lapa lepas lawat istana ni kami makan di rstoran flora. duduk dekat tepi sawah padi. restoran terapung dalam kolam ikan hehe.
restoran flora. tenang je makan kat sini
lepas makan boleh bagi ikan makan hihi. campak je semua makanan dalam kolam tu.

singgah solat dekat masjid ni. best and selesa. memang 5/5 masjid ni.


next singgah tempat pembuatan kopi. kat sini kami cuba minum air daun kopi dan daun mulberry. minum dalam tempurung.
kedai kopi kiniko
interior dalam kedai

dah habis minum. kulit kayu manis tu as kayu pengacau dalam air
gambar kedai dari depan

cedok air pun kayu. klassik sungguh~!
bergambor sebelum minum
depan kedai tu ada gunung ganang. bawah sikit ke depan ada taman-taman bunga. Subhanallah tenang gile kot~ ala cameron gituuu

 dah mengeteh kat sini. mohler kita pulang ke bukit tinggi. singgah dinner terus kat warung ayam penyet. sedap telur dadar kat sini. lepas makan sebelah tu ada kedai sulam lagi. cahaya bordir. harga kat sini dia bagi murah juga kain sulam dia sebab dah nak tutup kan. tapi telekung siti khdaijah and telekung travel mahal dari satu karya, so aku tak menyesal la hehe. tapi menyesal sikit kain sulam boleh beli banyak kat sini. tapi ongkosnya udah habisss. nangis~!
kenyang perut suka hati
gigih tengok. padahal masing-masing dah pokai.
maka dengan itu tamatlah trip untuk hari ini. hari ketiga dan ke 4 akan disambung part 2 okay. dua hari menaip ni. haha.


2 0 budak happy:

Ann Hasani said...

Love it. Sampai bila2 akan ingat padang.

Anonymous said...

ayokkkk..dari awal baca sampai ending part I memang seriously gelak je..hahaha..terasa-rasa macam ayu tukang cerita directly kat telinga ni haa..hahahaha..best la..fefeeling back to Padang-Bukittinggi lak time2 gini..=)..whatever pun, thumbs up!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...