بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum ~
okay now jangan banyak cakap harini 20/3/2016 setahun aku pergi Korea and now jeju part 2 baru? aigooooooooooooooo. hahaha. aku cuba habiskan jeju part 2 semua. and kalau sempat selit part seoul pulak okay.
okay day 2 kat jeju banyak juga kot kitorang dapat cover even ada tempat sesat sebab nya masalah gps. kalau ikutkan nak pergi halasan mountain dengan water fall yang famous kat jeju. then asek sesat je kitorang proceed tempat lain. jeju do ni besar okay. so banyak part kena cover.
 |
| mohon zoom peta ni |
kat jeju aku merasa jugak la drive left side. peh mencabar betol. sebab aku selalu nak rapat ke kanan makan jalan hehe. okay 1st tempat kitorang singgah yongduan rock. kat sini famous sebab orang nak tengok batu bentuk kepala naga tu je. tapi setelah aku telek2 tak nampak sangat pulak dari mana ke mana kepala naga tu hehe.
 |
| masa ni jem sebab waktu petang |
 |
| nampak kepala dragon tu tapi tak tahu mana mulut mana hidung haha |
 |
| putih pulak muka kaklong kat korea |
okay done kat sini. kitorang proceed nak ke museum teddy bear. nak ke sini pun sesat sampai ke hospital and balai polis dibawak nya. mana tak cuak. yang tengah drive didi sebab didi takde lesen international. aku pun takde. yang ada abez je. tapi kitorang decide gilir gilir drive. tengah sesat tu nampak scenery gunung dengan salji. cantik sangat. aku syak mungkin tu hallasan mountain kot.
 |
| zoom sikit |
 |
| ni dari jalan raya masa sesat |
 |
| road not taken. miss this scenery |
okey then bila dah sesat camni kitorang decide nak ke waterfalls area museum teddy bear dulu. last last tak jumpa sebab gps bawak separuh jalan. kitorang macam duduk kat atas kawasan air terjun tu. sebab kitorang dengar bunyi air terjun kat bawah. masalah betul last last kitorang fotoshoot sat kat situ. mujur cantik.
 |
| pose gedik sikit |
 |
| camerawoman layan kan model nak posing gitu |
next kitorang ke museum teddy bear. okay area sini banyak tempat attraction museum ripley , museum chocolate. dekat dekat je boleh jalan kaki. kat museum teddy bear aku gigih nak pergi sebab princess hour kan shoot kat sini plus nak tengok teddy bear gedabak gedabak.
 |
| besar kan? |
 |
| ada banyak theme and story untuk tiap satu bahagian |
 |
| gambar bercampur sebab copy dari photobook |
area kat taman luar museum pun ada teddy bear banyak. rugi kalau korang tak keluar. actually masa ni sejuk jugak. kitorang tinggal jaket dalam kereta sebab macam malas masuk museum pakai kot bagai. kat taman ni jugak dapat pegang pokok oren. hihi. ingat kan tipu try lah pegang, sekali kena marah dengah ahjussi guard kat sana daaaaaaa. masa ni kitorang tak bawak bekal makanan. so kitorang makan kat lotte restaurant kat dalam museum tu ada. makan yang berunsurkan seafood sahaja ok.
 |
| in the making |
 |
| ni lah hasilnya. haha |
 |
| kak yong nak rasa oren betul ke tipu haha |
after puas tengok teddy bear banyak banyak tu, kitorang singgah chocolate land. motif? takde motif saje nak tengok apa ada tapi tak masuk. sebab kena bayar. just amik gambar je kat area situ. lepas tu kitorang masuk bergambar kat depan ripley nye museum pulak. janji jejak kat situ. nanti takdela menyesal tak pergi. haha
 |
| jump jump |
 |
| cubaan jumping in the air haha |
 |
| abez memosing kan diri |
 |
| bukti kitorang dah masuk sini |
 |
| tak masuk. janji amik gambar kat sini pun jadi |
 |
| air susu puaka tak tinggal! |
next destination Jusangjeolli
cliff. nak ke sini aku yang drive. tak silap aku tak jauh sangat dari museum teddy bear dalam 10-15 minutes. Jusangjeolli
cliff ni terjadi disebabkan lava flow pastu batu kat situ jadi bentuk unik gila. ha rajinkan diri baca info kat bawah ni.
 |
| info 1 |
 |
| info 2 |
aih aku tergoda dengan air laut kat situ. subhanAllah. rasa nak terjun oi. masa datang ni ramai pulak. ada trip budak sekolah kot. tu yang nak amik gambar pun menyelit je. mujur ade Gropo (sebab aku punya bukan gopro) hehe.
 |
| subhanallah |
 |
| pose sebelum balik dari cliff |
 |
| ramai gilo manusia. didi masa ni antibody dah drop |
next destination, nak pergi tempat lain,tempat lain yang sampai. ini semua salah teknologi haha. kitorang pun stop kat tempat ni. saeyeongyo bridge. kat celah mana tah ni. dahlah jalan bukit bengkang bengkok macam naik genting. aku pulak tu yang drive. seriau. cuaca makin petang dah makin sejuk. aku masa petang ni dah berdarah hidung. bukan sebab tengok mamat korea, tapi sebab over cold. kehkeh. kitorang stop solat sekali kat sini.
 |
| kalau zoom betul2 ada tulis saeyeongyo bridge |
 |
| sumber google. |
 |
| gambar malam. -google |
aku bagi sikit info dari gugel .
"Saeyeongyo Bridge is the longest pedestrian overpass created in the southern-most area of the country. The bridge, inspired by ‘Tewu’ (Jeju's traditional log boat), was opened in September 2009, and connects Seogwipo Port and Birds Island. The overpass is the first single cable-stayed bridge ever created in Korea. The bridge has a major tower inspired by the wind and a sail and flamboyant LED lights. "
ooo okay baru taw bridge paling panjang untuk pedestrian hihi.
 |
| nak tunjuk design bridge kat belakang |
kitorang jalan je ikut orang lain kat jambatan ni. tengok pemandangan, tengok laut, ada feri kapal.
 |
| masa ni nak sunset |
 |
| belakang tu kalau jalan straight boleh pergi ke Bird Island |
okay itulah last destination kami kat jeju. moh pulang ke guest house. 6.42pm 1 degree temperature okay. sejukkk..kitorang hantar keta sewa malam tu. settle kan semua. cuma portable wifi tak dapat return malam tu. orang in charge dah balik.
 |
| gigil kat luar |
esok pagi nya kena rushing untuk ke airport sebab flight dalam 7.40 kalau tak silap. pagi tu kitorang ke airport naik taxi minta pihak guest house call kan. kira pagi tu kitorang dah awal dah check in bag semua. then 7.20 kitorang nak masuk gate tiba tiba datang segerombolan tourist dari China potong line. fuhh lama gilo lah nak tunggu. sampai kat imigresen orang jeju air cakap tak boleh masuk dah. flight nak berlepas dah. weh padahal kitorang tinggal nak ke flight je kot. sikit tak boleh tunggu. so kat tempat orang mohon jangan lambat. sekali agasshi jeju air tu suruh kitorang follow dia. aku bajet die nak bawak kitorang naik flight tu. rupanya nak pergi settle masalah ni. kitorang kene refund tiket sebab kena tinggal flight haha. barang dah masuk flight, pihak airline keluar kan balik luggage, cis~! mujur refund dapat balik duit cuma dia tolak sikit lah denda. kitorang kena beli new ticket. beli kat kaunter mahal. dorang suruh beli by online. alhamdulillah settle so flight dalam kul 10 ke 9 pagi tak silap. sebelum tutup cerita jeju. ni bawah ni list entrance fee tahun 2015 yang kitorang dah senarai kan tapi tak semua dapat pergi.
 |
| anyeong jeju-do |
JEJU 22/3/2015-25/3/2015
1) HallasanMountian /
Hallasan National Park (1600won) - tak pergi
2)
KimnyoungMazepark (3300won)
3)
Manjanggul Cave (2000won) - tak pergi
4)
SeongsanIllchulbong Peak
(2000won)
5)
Yongduam rock (free)
6)
Teddy bear Museum Safari
(7000won)
7)
Cheongjeyeon fall (2500won) - tak pergi
8)
Jusangjeolli cliff (2000won)
9)
Jungmun beach (free) - tak pergi
10)
Seonimgyo bridge (2500won)m- tak pergi. tapi mcam nampak dari jauh
11)
Jeongbang fall n Chenjiyeon
fall - tak pergi
12)
Trick art museum - tak pergi
13) Seonsangyo bridge - takda dalam list, tiba-tiba pergi hehe
macam banyak tak pergi pulak. by the way takpe. alhamdulillah rezeki dapat sampai jeju. takpe tunggu nanti dah kahwin wishlist nak angkut laki sekali datang sini. hewhew.
25/3/15
safely landed at gimpo airport seoul~~
 |
| anyeonghaseyo gimpo |
 |
| acah acah traveller |
 |
| happynye die haha |
 |
| seoul station with the luggages |
okay sampai sini dulu. part seoul trip akan ku cuba habiskan dalam satu post. InsyaAllah. haih buat aku rindu Korea niii~ sejam aku update blog harinii. sekian. hihi.
0 0 budak happy:
Post a Comment