✿Followers✿

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 1, 2016

Seoul, South Korea Part 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamualaikum ~


1st April jugak baru dapat settle blog cerita travel korea. hehe. setahun berlalu. waktu ni tahun lepas aku tengah sindrom withdrawal. sekarang tengah #songjoongkifever hihi. adoi handsome seh~! warming up bagi semangat tengok muka bigboss hewhew.
Bigbosss~
okay haritu aku stop kat 27/3/15 kat nami . lets proceed~! before tu post kali ni banyak gambar sebab last part of seoul kan. weehu~!

28/3/2015
okay pagi pagi kitorang ke Edae-Ewha Women University. sini macam macam ada jual baju-baju sebab area student. tak masuk dalam universiti tu pun. then kitorang ke 3D art museum. actually kat jeju pun ada. tapi kitorang pilih kat seoul.

Trick art museum
357-1, Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul Seogyo Plaza B2.
direction : Hongik University Station (Seoul Subway Line 2), Exit 9. 

Go straight 150m, cross the road, and turn left onto Hongik-ro Street.

Go straight 120m, and turn right down the second side street (in between TONYMOLY and Holika Holika). 
Continue going 100m to arrive at Trickeye Museum on the right.

ENtrance : Adults 15,000 won / Group (more than 20 persons) 11,000 won

Lokasi museum ni macam dalam bangunan. lupa pulak nak amik gambar bangunan tu. kitorang masuk ice museum juga masa ni.
rumah ais korang hado?
kanak kanak riang abeza

beriya nau kau main piano abang dd haha
kat trick art museum ni banyak la tempat korang boleh bergambar. so amik gambar banyak-banyak so nanti tak menyesal tak puas amik. hehe.
aksi apa tu kak yong 
i will be your angel. hiks
naughty - no~no~


next kitorang balik rumah lepas ni sebab didi macam tak sihat. hantar didi balik kitorang solat then gerak ke namsan tower. so kami bertiga je yang ke tower didi tinggal rumah hehe.

cara nak ke sana : The Namsan Cable Car near Myeongdong Station (subway line 4).

Fare Cable Car: Round-trip: 6,300 won, One-way: 4,800 won 


kitorang decide naik cable car masa ni ke atas. kalau korang gigih boleh panjat tangga. kitorang just amik one-way cable car tu. bersesak and lama juga tunggu nak naik cable car. sempat lah makan beli jajan masa beratur haha.
berhimpit ngan oppa
atas tu namsan tower
and finally we are here. kena naik tangga lagi baru sampai base menara. kat bawah tu ada taman-taman orang boleh lepak.

penat mak enon daki tangga

namsan tower memories without didok

kat taman tu banyak gila okay pokok kunci. kesian pokok tu berat aku rasa kunci beribu riban tu. aku pun nak jugak acah acah sweet buat adegan love lock kat situ haha. siap beli keylock pad tu kat DIY dari malaysia je ok. beli kat namsan tower mahal. dahlah tak bawak marker ingat boleh pinjam kedai tu sekali kena beli marker. pandai buat duit oi.

aku rasa sikit lagi tumbang pokok-pokok ni
whos that ngongek


yang~! I dah lock ni. haha
I dah lock kat pokok ni yang! kunci I dah buang. pape hal carik pokok ni k. HAHA
masa kat atas tower

tiba tiba ada bear ni kat atas. sikit lagi aku nak peluk sebab geram haha
balik tu gigih la kitorang turun tangga aku rasa mau seribu kot. masa on the way turun tu, ada ramai juga orang korea tua muda budak kecik naik tangga untuk ke atas. bagus gila weh. memang sihat sihat lah dorang ni. aku siap boleh pening turun tangga banyak banyak tu.
seoul city bawah tu

annyeong namsan tower


balik dari namsan kitorang singgah myeongdong. aku rasa tiap malam kitorang singgah sini. malam ni duk cari album orang malaysia kirim. tengah jalan jalan aku boleh terjumpa sesuatu kat sini~! and aku sangat menyesal sebab tak tahu pasal ni. so frustrated~ takpe tu maksudnya aku kena datang lagi. haha. Kim soo hyun museum. waaaaaaaaaaa... amik gambar dengan depan muzium jadilah haha.

will see u next time

tempat menabung duit HAHA

okay end of the story untuk hari ni. balik rumah tidor because esok nya hari last untuk kitorang berjalan. lusa dah nak balik.

29/3/2015

okay harini kitorang Changdeokgung Palace & Secrete Garden, Namsanol Hanok Village, Itaewon and myeongdong again.


pagi tu aku and abez bersiap dulu so kitorang gerak berdua utk beli tiket admission kat palace ni. actually banyak palace kat seoul ni. tapi kitorang pilih yang ni sebab ade huwon (secret garden). but bare in mind banyak gila akan berjalan sebab besar gilo kawasan. untuk english tour ada waktu -waktu tertentu. so kalau korang teror korea boleh masuk korea punya group. ngeh.

untuk ke sini:  subway- Jongno 3(sam)-ga Station (Subway Line 1, 3 or 5), Exit 6. Go straight along Donhwamun-ro Street for 10min.

Or


Anguk Station (Subway Line 3), Exit 3. Go straight for 5min.


Or


Taxi

aku and abez decide naik taxi cepat sikit hewhew. 

entrance untuk masuk kat sini sekali secret garden : Foreigner

Adults (ages 19-64): Regular 3,000 won / Huwon 5,000 won 


English tour :
Palace: 10.30am, 2.30pm
Secret garden: 11.30am, 1.30pm
Closed on Monday
Address: 99, Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul
General Course: 60 minutes 
Huwon (Secret Garden) Course: 90 minutes


settle beli tiket pagi ni tak ramai orang so aku and abez bergambo dulu depan pintu masuk.
Depan pintu masuk palace


okay kat bawah ni bukan pintu masuk. ni memang ada kat kawasan rumah kitorang. baru ada masa nak bergambar kat sini. balik rumah, tunggu kakyong and didi then kitorang gerak by taxi jugak ke  palace tu. :D 

tengah tunggu tourist guide


Fokus semua fokus. yang pakai hanbok tu tourist kitorang

kalau tengok gambar atas tu memang kena bergerak dalam group. kena ada tour guide. sebab tak boleh sesuka hati merayap dalam istana tu. kadang-kadang aku tak fokus sangat apa guide tu bebel biasalah bila dah penat kan mana boleh nak digest suma fakta sejarah raja raja korea. yang aku tahu joseon era je sebab banyak dalam historical korean drama~! hahaha.



senibina dalam istana


kat tepi tu pun ada maksud tertentu ukiran


belakang tu rumah pekerja istana tak silap

or tak silap ni rumah gundik raja. haha. lupa!
kitorang banyak amik gambar yang sama je sebab bangunan dalam palace ni sama je sume. hehe. korang akan tengok seni ukiran dia. macamana dia bina tempat tu. camana pulak dia bina untuk bagi tempat tidor dorang panas guna  "ondol". dari mana tempat pembakaran tu. ha gitu lah.



okay next kitorang lepak jap sementara nak tunggu masuk secret garden. kalau masa spring bunga dah keluar mesti cantik tempat ni.
happy faces sebab ada manyak munge


salah satu tempat dlm secret garden. ada library raja zaman dulu juga kat sini


dua pintu kecik tu untuk menteri-menteri , orang biasa. pintu tengah untuk raja shj. kecik gila kan pntu kiri kanan tu. simboliknya, rakyat kena selalu tunduk dengan raja.
Tourist guide dalam Huwon tukar orang lain


bangunan kat belakang tu pn ada maksud juga. tiang dua batang dalam air pun ada simbolik juga, tapi dah tak ingat. haha

kat sini tempat raja/putera raja belajar main pedang. (kalau aku tak silap lagi) Hehe



kepenatan!

finally habis kitorang pusing. aku macam kagum jugak lah dalam bandar tengah tengah bandar ada kawasan secret garden dengan palace yang macam bila kau masuk ko tak sangka ko dalam tengah bandar. sebelah istana tiba tiba ada kawasan rumah orang. tapi kesian la sebab kerabat raja korea tak da keturunan. 

Sad ending of Korean's King legacy. His last King died on 2005 and left no heir as his wife is infertile. He was forced by other family members to divorce his American wife, due to her sterility (the couple, however, had an adopted daughter). A series of business failures left the prince without support, and he died alone at the Akasaka Prince Hotel in Tokyo on July 16, 2005

quote from super_abez instagram :)


Then kitorang gerak ke Namsanol Village,motif nak pakai hanbok je. hehe. rugi la kan tak pakai hanbok kat korea. Plus free admission je kat sini., pakai hanbok je kena bayar dalam 3000 won.

direction: Chungmuro Station (Seoul Subway Line 3 & 4), Exit 4.
Walk along Hanongmaeul-gil st. for 5 minutes.

OR

Take Bus 104, 105, 263, 604, or 7011. 

Get off in front of at 'Twegye 3 (sam)-ga Hanongmaeul'
Walk to the exit4 of Chungmuro Station, then along Hanongmaeul-gil st. for 5 minutes.


Closed Every Tuesday (However, if Tuesday is a holiday, the next day is closed.)

Korean agasshi

mission accomplish. perut dah lapar kitorang gerak ke Itaewon nak try makan Eid Halal Restaurant and ke Masjid Itaewon.

Subway to Itaewon Station (Line 6). so akan jumpa masjid. jalan je kat kawasan tu berbukit sikit. akan jumpa macam macam kedai halal. kedai tomyam la kedai mamak la. so kitorang ke eid dulu sebab lapar gila gila kot. owner eid ni nama die pakcik yusof. korean ahjussi muslim. family korean muslim. anak die handsome okay . tu je nak cakap . k bai! haha. anak dia ada study kat uia and rasanya sekarang dah habis kot. masa kitorang datang ni tak banyak menu dia dalam 4-6 menu je kot. tapi korean dishes la. and baru tahu ahjussi ni cakap kalau datang awal maybe boleh request nak makan korean dishes ape dorang akan tolong masakkan. malangnya esok nak balik dah. so makan apa ada. aku order samgyetang. samgyetang tu chicken soup ginseng sedap sesuai musim sejuk sebab banyak herba rempah ratus  ginseng la dalam tu. lepas makan aku terus kepanasan bukak terus jaket. orang lain sejuk.

Eid Halal Restaurant


Kakyong n abeza makan bulgogi


Didi pun makan bulgogi

Sporting ahjussi


my menu. nasi aku dah habis. ahjussi offer nasi tambah. haha
tahun ni eid ada bukak branch kat malaysia!! hoyeah. tazabaaa nak pergi. rindu bulgogi dorang. sedapp. next kitorang ke itaewon mosque singgah solat. first toilet normal aku jumpa kat korea which is toilet cangkung ada paip. haha. selalu toilet korea kan toilet duduk without pipe haha. nak jumpa ada bidet pun susah oi.

Itaewon  mosque


settle solat cuba teka kitorang pergi mana untuk last day ni.
-
-
-
-
-
-
kitorang ke myongdong lagi. hahah. every night tak bosan pergi sini. sebab esok nak balik. dorang nak habiskan duit soping. on the way tu didi pulak last minit nak guna toilet. celah mana ada toilet kat street market. terpaksa lah kitorang singgah coffee cafe Passcuci cafe nama diberi haha. didi belanja coffee 4000 won kongsi 4 orang minum sambil tunggu didi. haha

merasa la lepak Coffee Cafe kat korea

bajet korean sangat lepak minum kopi malam malam.

sedap betul fish cake ni weh


didi tu nampak sangat immersed dengan fish cake tu. tak toleh kiri kanan
annyeong myongdong

habis shopping balik rumah packing barang esok balik mesiaaaaa. :(

30/3/2015

yeah hari last day. kemas apa yang patut. flight dalam pukul berapa tah yang penting petang la. kena gerak awal sebab nak setelkan urusan claim tax. sebab bila beli cosmetic lebih berapa won tah boleh claim balik tax tu. tapi macam leceh sikit kena beratur cop kastam la bagai. tapi demi duit gigihkan jua.

beg beranak
posing apa tu didi
happy lettew dapat tu


tunggu masa nak ZZzzz dalam flight


masa ni tak sabar nak balik sebab malaysia best lagi sebab tak sejuk haha. aku 10 hari kat korea hidung berdarah la, demam la, selesema la. mujur ada abez supplier ubat and vita c. hehe. ada jugak beberapa tempat tak sempat cover, takpe nanti pergi ngan laki pulak. so aku datang sekali lagi aku pergi tempat aku tak jejak lagi je. nasiblah laki aku nanti tak dapat pergi tempat lain. hahah.

kitorang beli souvenir dekat dongdaemun tshirt murah gile kat situ. borong habis baju ilovekorea tu. lain lain souvenir macam keychain sudu-sudu chopstik korea kitorang beli kat insadong. boleh tawar lagi kalau beli banyak2..

i)        SEOUL 25/3/2015-30/3/2015
1)      Myeongdong  done
2)      Namdaemun   done
3)      The Street Café 2PM (petang after check in) not done
4)      JYP Nation done
5)      Dongdaemun Market  done
6)      Itaewon done
7)      Insadong  done
8)      Hello City Café –Hongdae not done
10)   Nami Island done
11)   Bandar Nandaemun  done
12)   Petite France (if nak) not done
13)   Namsam Park and Tower and cable car  done
14)   Edae-Ewha Women University done
15)   Trick art museum  done
16)   Lotte World not done
17)   Changdeokgung Palace &  Secrete Garden done
18)   BukchonHanok Village not done
19)   NamsanolHanok Village done
20)   Hangang Park/ River not done
21)   Dongdaemun (makanikanbakar if nakpergi) not done
22)   Miss Lee Cafe not done

okay finally habis juga post pasal korea. berzaman aku tunggu nak type. hehe. baru hati tenang dan lega sebab tak de hutang pape kat blog. hahaha. boleh gitu. untuk travel ni aku lebih suke membebel kat belog atleast bila aku lupa aku boleh refer sini, selain dari refer kat instagram aku. hewhew. okay thanks korea for this lovely and sweet memories. sure will come back bila ada rezeki insyaAllah.

0 0 budak happy:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...