✿Followers✿

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label family ;]. Show all posts
Showing posts with label family ;]. Show all posts

Friday, June 10, 2016

Holiday Pulau Langkawi wee weee :) Part 1.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamualaikum ~

5 April hingga 8 April 2016 haritu aku and family holiday kat Langkawi. Tahun lepas lagi beli tiket flight. saje sponsor sikit flight murah kan masa tu hehe. Flight yang aku dapat masa ni 3 orang RM 215 plus seat and luggage 20kg untuk balik. Flight 4.30 pm. so aku decide lepas research paling senang letak kereta kat Putrajaya sentral sehari dalam rm 4. then naik erl ke klia 2. seorang dalam RM9 one way. lepas dah calculate lagi murah buat camtu daripada park kat klia sampai 180++. lunch siap siap dekat putrajaya sentral then gerak terus ke klia2.

dalam erl tren selesa okay

acah acah nak ke obersea
 on the way ke langkawi tu alhamdulillah flight okay smooth je. aku pun excited last ke langkawi tahun 2008 kot. boleh katakan full juga flight haritu. maybe semua orang macam aku carik flight murah. plus masa tu weekdays hari bekerja.kat langkawi papa sewa kereta kat kawan dia  selasa sampai jumaat rm 150 kereta myvi aku rasa okay je rasanya kot .
ni la flight aku naik ke LKW. masa ni dah dekat airport langkawi
so terus checkin bilik. aku booking bilik dekat penarak bamboo beach motel. lokasi betul2 kat pekan kuah, tepi laut, perh syiok. aku booking bilik katil queen rm98 per night. tapi masa checkin aku request nak add on tilam. tapi dorang bagi bilik untuk 3 orang. fuh rezeki sebab weekdays tak ramai orang. selesa habis bilik. cuma kalau dapat tingkat tinggi lagi nampak laut. sini pun dekat je dengan restoran sebelah bangunan bilik je. ada bilik betul2 terapung atas laut jugak tapi mahal sikitla. boleh booking through booking.com atau visit blog ni Bamboo motel.
ni lah motel nya.

ruang bilik plus model hehe

view dari bilik.

masa air surut depan motel

ada swimming pool okay
dah setel checkin kitorang keluar jap sebab mama nak cari selipar untuk island hopping esok. so kitorang singgah kat HIG kompleks. macam mall kat sini. tempat sopping coklat. just cuci mata warming up dulu. ekekek~
harga pepero kat sini

tudiaaa cekelat sedap oii
dah jalan jalan terus singgah makan kat restoran sebelah motel. menghadap laut. saja try kot sedap. kami order siakap 3 rasa, tomyam campoq and sayur campoq. tune kedah pulak. semua sedapp tak tipu berbaloi loi RM 90 hingget total makan.

view laut

menu 1st day

resit nak claim. KONON~! haha
done day 1st. okay aku rasa sampai situ dulu. haha. day 2, 3, 4 aku cuba combine kan. InsyaAllah. sebab sekarang nak carik mood writing balik. SV dah return chapter 1 untill 3 untuk correction. kepala berkarat.




Monday, April 1, 2013

Sibuk sangat katanya!


Assalamualaikum

wewit wewit meh nak cerita aktiviti si penganggur yang penuh aktiviti. Ehh yela aktivit sangat lah kan.
Dua minggu lepas aku kebusyan tolong makcik aku siap kan thesis dia kena buat hardcover. maka, aku pun pergi lah shah alam sebab situ je yang tahu boleh siap express. kat belakang kolej meranti tu banyak tempat buat hardcover. thanks to ezy sebab tolong bagitahu details. gigih kan aku pergi shah alam. kui2 bila lagi nak berjalan kat shah alam dengan family. hehe. satu buku RM 60 siap satu jam. hamik kau benda boleh rm 20 kalau amik besok dia triple kan. gila betul. tapi dah takde pilihan terima jelah. sementara nak tunggu sejam tu berjalan jalan lah dulu kat area bandar shah alam tuh. kononnya nak pergi calaqisya ke rinasalleh ke and whatsoever lahh tapi tak jadi. jalan kat plaza alam sentral then dapat beli jubah dress aku!weehuuu. sonok oi.alhamdulillah pinjam duit mama dulu.hehe




aku lepak kat tasik shah alam ,plaza alam sentral, paradigm mall and tesco rawang. hah jauh benor bejalan nye.. finally siap jugaklah thesis tu.
then, sabtu lepas aku busy pergi 3 event.

pergi career fair biasalah nak cari kerja lah. memang banyak sangat booth. tapi yang aku apply tak banyak pon. antaranya IRIS CORP ehh tu ke namanya. siap ade pre-interview bagai tapi tak formal lah.siap masuk 3 orang sekali dengan eein and yati haha. then lepas pergi career fair tuh teman leha pergi festival kasut pulak. aku macam tak yakin je betul ke ade festival kasut sebab orang kuar dari pwtc tuh takde bawak beg plastik kasut pun. masuk masuk je ade pameran pengantin. oh man!!sangat cantik uolss. okay tuh cerita nanti.
masa tengah jalan lepas turun ktm aku nampak aunty nih bawak plastik nampak depannya tulis JIMMY CH then nak excited lah dia beli jimmy choo. sekali tengok habis jimmy chia daaa. aiyaaa..

boleh tahan hebat jugaklah sale nya. tapi iolls takde nafsu lah Mr Bloggy sebab kasut kat umah banyak dah nanti kena bebel.hehe. and Nasha Aziz pun ada datang festival kasut ni..tapi beware lah ada kasut yang buat dari kulit babi. so korang nak pegang tengok tengok dulu.
begambar dengan kasut jimmy choo uolls!

haih kalau lah aku dapat stilleto pink tu aih..tapi memang tak r aku nak pakai heels tinggi gitu.
then sebelum balik kitorang singgah pameran pengantin, saje je nak tengok baju pengantin cantik2, kad kahwin comel2 bau makanan catering pengantin haha. fuhh harga paling murah pakej pun aku tengok macam aku tak mampu lagi. aih..kira-kira kalau takdop RM20k toksah nak berangan kui3. tengok baju pengantin macam jubah tapi nice jela. sume berkenan yang tu haha. tengok pelamin awesome gileee! aku tengok pakej A to Z dalam RM 23k ++ kot.. kirenya sume lengkap r. kalau pakej tunang paling murah dalam RM 800 lebey. hehe semua duk kumpul brochure pakej kahwin tuh. padahal kalau tahun depan ke comfirm pakej dah expired kui3.. then semua balik dengan sakit kaki bagai. sampai harini sakit lagi oi kaki aku. gila exercise terlampau. tapi we had so much fun!hihi.

and before lupe.
nih masa dua minggu lepas kot tengok wayang kat midvalley.cerita ape ek? exorcism ke ape. aku takpaham sangat sebab rupanya dia ada part one haha. belasah jela dah lama pun tak tengok wayang hehe..
okaylah Mr Bloggy panjang lebau nau aku cerita nih. penat dah ha. ehh sejak bila aku jadi orang melaka?haha hari tu dok bercakap ngan leha kua dialek kedah. ape ke bende tah aku. okay. GTG!SYS! keh2 penangan Oh My English 2.


Ini wilayah Ceritayu bukan wilayah Celcom. ;)

Saturday, December 1, 2012

Heyy. Ayok dah konvo yaw!

assalamualaikum,

hah nih terajin pulak nak update kan. nak cerita sikit pasal my convocation.
semangat sikit nih hehe. 25 NOV 2012 is my big day. aku konvo yo. nervous nak naik pentas tuh peh tak taw nak cakap ape. bangga pon ada. bayangkan parents korang kat dalam dewan tuh tengok korang berjubah bagai amik sijil degree. penat lelah korang and parents korang terasa hilang macam tuh jer bila tengok anak dorang dah berjaya.sobsob menangis kerana terharu hee.aku penah rasa nak give up jer gara gara FYP. tapi bila terbayang aku nak grad dengan jayanya maka aku gagahkan diri habiskan study hehe.thanks for mama n papa yang berkorban duit masa untuk ayu. this is for you mama n papa. tak lupa jugak thanks untuk kawan2. eh macam ucapan dapat award pulak. 
and tadaaaaaaaaaa ini hasilnya.
i love you mama

gambar kesuluruhan family semua tak dapat lagik dari OP. so aku upload mana yang ada dulu jela ek.
meh meh kite usha.
happy pakai jubah baru
with my lovely grandparents ;)
okay next gambar berikut captured by Basikal Tua Fotografi. and its was so nice and smart. baru 4 jer pic aku ade. so sape rase berminat nak amik Photographer nih do like their FB okay.


nih sebahagian budak ikan yang aku amik pic nih dari FB Ilham kalau tak silap.

and aku agak terkilan sikitlah sebab tak dapat amik gambar dengan kawan kawan lain sebab semua macam huru hara carik family ntah mana mana. mana yang lalu depan aku sumer aku tarik amik bergambo. and i gonna miss all of them. InsyaAllah lepas nih grad untuk master pulak. okay now masa untuk carik kerja pulak.Goodluck for me!

bisikbisik:happymonthsary2years9monthsdear


Ini wilayah Ceritayu bukan wilayah Celcom. ;)

Saturday, May 19, 2012

suka duka sem 6 ;)



assalamualaikum semua..

yehh cek2 last post sebulan yang lalu.. tuh pon update pasal ape je..huhu..
seriusly memang sangat sibuk this sem..hobi blogging kuh telah diketepikan..but now..mood untuk menaip datang kembali..setelah berbulan2 aku menaip thesis kan.. habit menaip tuh dah sebati dengan diri*haaaaa poyo kannnn!

kite mula dari suka dulu lahh yekk..
sem nih aku ada amik subject EIA ..environmental impact assesment..sbg assgnment kitorang buat lah Earth dayy
banyak je gambar lagi tapi xperlula bebanyak hee..
nextt aku join netballs..and alhamdulillah menang kann..tapi tak main pon..reserve je..sem ni malas nak main hahah..ape daaa


haaa then2 ape lagi??yeh2 dinner2..huhu last sem nih nak gi dinner..takdelah excited sangat pon.huhu..tapi excited ler sikit hee..
eh eh over taw mereka posing haha..at ICITY KT..haaa ingat shah alam je ade??terengganu pong ade hokey!
semngattt tak!hehe..comel bile tengok balik..

motif??saje je nak interframe hee..okay..
after dinner lah aku menggelabah siapkan slide presentation thesis..and alhamdulillah my presentation went well..and 16 mei haritu..aku sangat happy..bukan sebab hari guru..sebab draft thesis dah hantar hihi..suka2..berjimbo jimbo..
tapi beserla langit tak selalu cerah ade mendung kan.
17 may sampai 19 may ade expo asas keusahawanan ..banyak kerugian tapi keuntung pengalaman yang group aku dapat..hehe..tapi 17 may tuh aku accident alhamdulillah aku ok..kereta je tak sihat,,sob3

kemekssss keretakuh..bajet dari perodua repair 1000 lebey..tapi jumpa satu workshop dia boleh buat murah..wuu kesian parents aku..tak sabar nak keje nak bayar balik sumer nih kat dorang..
dorang sanggup datang sini tolong aku setel kan sume..im glad to have them!!!and thanks also to my loveydovey kui3 ngokngekku yang banyak tolong.. and thanks jugak untuk sume kwn2 ku..wahh dah mcam bagi speech hape je..beser la lepaskan dendam lame tak berblogging. hee okayla..got to go..have a nice day!




Ini wilayah Ceritayu bukan wilayah Celcom. ;)

Tuesday, January 3, 2012

i love my home ;))



alhamdulillah dua paper dah lepas..
ada tiga beratur..alhamdulillah juga sebab sekarang dah kat umah..
wahhhhhhh nikmat sangat..
kenapa aku balik tengah exam nih?
sebab next paper 11 ribulan..nak tukar suasana study jap..hee..ntahler takleh fokus kat umah sewa..
harapharap aku dapat fokus kat umah..amin...
mungkin saja jugak nak bagi orang lain rindu ..hahaha..jauh itu mengajar erti rindu..kui3..
nasib baik mama bagi balik..hehe..memangla membazir..tapi ada jugak reason lain aku balik..
insyaallah..aku tak akan sia sia kan kepulangan ku..huhu..pehh ayat tak tahan kan..aiyakk
okayla..got to go..salam..


Saturday, November 5, 2011

home sweet home ;)


salam semuaaaa;)

oh yeahhh..suda berada di rumah. happy lah woii..
1. fine kerja banyak nih..
2. study untuk test lepas habis cuti urghh!
3. siapkan proposal fyp..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tangguh lagi padan muka!
4. prepare untuk presentation fyp..uhh proposal tak siap lagi nak wat slide gane
5. sudah rindu buah hati lah hehe
6. opppsss..12 november nih sis MJ wed..uuu sempat ke nak attend?

huhu sempat ke aku nak siapkan semua nih..huhu macam tak dapat je nak keluar rumah bergonjeng dengan my friends..huk3..btw dah habes tengok heartstring..heee..dah dapat makan satay semalam..hahaha..kuah dia masin bro..aiyaakkk


Thursday, September 29, 2011

big surprise~!!



i love all of you

salam semuaa..

hari nih hari yang paling downn bagi aku..huhu..orang tertentu je tahu betapa teruknya keadaan aku hari ini..
hari ini aku dapat surprise..mama ngan papa datang mengejut.huhu..mama dari tengahari duk mesej aku..ayu kat mana? aku pon jawab jela kat umah..sampai lah petang asik mesej yang sama je..huhu..pelik aku..dah lah hari ni hati cepat nak tersentuh je..hati tisu lah katakan..

then mama call
mama : ayu kat mana?
aku: rumah la
mama;dah makan?dah mandi?
aku; belum pon..
mama; jom makan..
aku; makan mana pulak?( mata start bergenang2 sebab rindu kot!)
mama: mama kat depan umah nih
aku; ha?tipuu..(wahh suara dah tersekat sekat)
mama; tipu?xpela..bye (aku tak tengok pon luar..start menangis sebab fikir waa nape mama bagi harapan palsu..

hati macam nak tengok luar..tapi takot kalau mama takde je depan umah..mesti lagi sedih..then sambung online..mama call lagi cakap dia betol2 depan umah..aku tengok tingkap ade kete papa..waaaaaaaa..terharu!dapat surprise..huhu..

hilang segala masalah..huhu mama ajak tidur hotel malam nih..anyway tq jugak kepada encik kekasih tolong tenangkan aku siang tadi..huhu..moral of the story harini..kalau ada masalah cari punca selesaikan masalah itu dengan punca.

hatigedixayam; boleh tak berangan mama datang nak pinang si ngokngek?haha

Saturday, September 17, 2011

about new sem!!!

salam semuaaaaaaaaaaaa...

sekarang aku dah jadi super senior..bukan lagi super junior.. huk3.. kat rumah sewa roomate tinggal sorang ketul je..lagi dua ketul dah keluar..sedeyyy..huhu..penatlah nak cerita sebenarnya..tengok je gambar ek..nih sumer yang berlaku dalam seminggu..hehe..masa mama datang..aku bawak mama jenjalan jat ganu..hehe..

my loves..

mama papa at TTI..

kami pun haruslah ada..
 
nampak tak papa aku macam segan2 nak amik gambar.?dia malu dengan angok kot..wakaka..kemudian..kelas start macam biasa..aku main dengan ketam woi..sebab subjek tuh culture invertebrates aquatic..hehe..nih ori punye picture taw!


haa ni ketam nye..sepasang tuh..sekor jantan sekor betina..tengok bawah badan dorang korang tahu la..sape tahu mana jantan betina???
jumaat ritu pulak..ade member kos buat open house.. umah nazu...seranggg..hehehe..makan2 lah ape lagi....
gambar tak banyak sebab Berukbeng aku lembab woi..


sebahagian coursemate kuh..candidi!!
okayy tadi siang pulak..berjimbo kat KT..huk3 operasi menghabiskan duit..dapat rama rama sekor..tapi lagi sekor tak dapat lagi...stok habis...mahu!nak!hehe..anyway tq ! and si dia dapat apa yang dia mahu..for the belated besdayy..hehe..hopefully dia puas hati and hargai itu penting..
ini je mampu..;)

mana nak cari lagi sekor???
haaa macam tuh lah citer nye..korang rasa tak macam gelabah gila baca entry nih..aku tengah rushing nak tengok movie plus aku macam mengantok..plus aku pon tak tahu..otak aku macam gila lepas buat report pasal parasit..gile weh giler..harapnya aku dapat menempuh sem mencabar ini..aku kurang lagi satu jam kredit nak bergraduasi!!!!!!!!!and aku blur nak wat fyp apa?help...esok kelas pukul 8 tahu??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...