✿Followers✿

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Pecah Rekod gila :p

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Assalamualaikum ~


pheww lama tak update. mehla update sikit sebelum tidur. actually minggu ni pecah rekod sedunia plus minggu stress . minggu ni kitorang pecah rekod pergi seremban semata-mata nak pergi tengok wayang. dah;ah sesat  nak pergi jusco tu huhu. dapat pulak tiket wayang pukul 9 mlm haa amik kul berapa nak balik tu . huhu. takpelah bukan selalu. pergi jusco dapatlah tangkap dua buah buku huhu tapi bila nak baca pun tak tahu beli je lebih kan.

cerita robocop tu macam tak logik pun ada tapi aku tak suka masa starting cerita tu sebab libatkan orang islam. tapi sebab murah tiketnya tengok ajela. nak habis movie aku rasa dah ngantuk huhu. kawan-kawan aku cakap buku dua buah tu best. aku dah lama nak beli tapi selalu pentingkan keperluan dari kehendak.
p
pecah rekod kedua hari jumaat boleh tak teman aini amik adik dia kat temerloh huhu pergi balik pilah hari yang sama. huhu gila betul huhu. alhamdulillah takde pape kitorang selamat sampai. 

 then pecah rekod ketiga semalam shiqin ajak usha survey harga barang-barang kat giant then kitorang pergi tesco senawang then tiba-tiba datang idea nak pergi lepak Port Dickson kejap lepas beli barang. aku on aje. memang sepatutnya sabtu ahad aku ada reunion rumah sewa kat PD. tapi tak jadi. and aku pulak asek rasa nak pergi PD je. rindu kat laut kot. hehe. akhirnya dapat jugak jejak. last datang pun masa form 4 kot. makan malam kat PD and lepak pantai jap. pusing-pusing lalu kem askar kot-kot kitorang jumpa jodoh abang askar kat sane kan keh-keh. sebelah kem askar ade pulak hospital, senanglah abang-abang askar carik jodoh carik je cik misi kat sepital hehe.dah puas pusing, sampai nak balik jadi sesat masuk tol Lukut then exit PD balik haha masuk teluk kemang balik. senget betul. konon pergi PD nak release stress lah sebab petang tu aku ada konflik teruk huhu. plus aku rasa down sebab proposal aku.
hari jumaat pergi jumpa co-sv huh untuk bincang next step. then Dr komen aku punya tajuk tu boleh dapat  2 3 lagi Phd. ouchh sentap noks hehe. maksudnya tajuk aku tuh complicated sangat and proposal aku tak fokus. so berbulan-bulan aku study jurnal and buku-buku hanya 40% je kot betul huhu or maybe zero? huhu sedih . Dr cakap ada masa lagi. and Dr suruh buat preliminary study dulu. dia tak suggest untuk buat kat kuala selangor tu. dia macam nak suruh buat kat Matang tu huhu. sekarang aku kena gigih study lagi. tapi Sv macam nak suruh start cepat-cepat. sekarang aku macam dah lost hilang trek mana nak ikut huhu. tiba-tiba rasa nak give up. Sebab Dr cakap ape fungsi kajian awak ni? huhu kenapa buat itu ini? mesti ada sebab. aku hanya boleh cakap sebab Sv saya yang nak buat kat situ buat itu ini. waaa. gi mana ni dong? huhu. kuatkanlah hati ku. aku rasa semangat aku jadi zero. kena cari balik. tolongla ayu. takde masa dah nak masuk bulan tiga dah. lama dah kat sini rupanya. Dr cakap research dengan coursework berbeza. tak perlu nak buat complicated takut nanti hasil takde.
aku jadi tambah stress sebab faktor sekeliling juga kot hati aku tak tenang dengan satu masalah tu. Allahuakbar.
mesti korang baca rasa kelam kabut je kan writing aku? sebab nak kejar masa mata dah layu padahal petang tadi dah terlelap. dari aku berjaga tapi takde input baik tidur ye dak? korang doakan aku ye. selamat malam ;)

Monday, January 20, 2014

My Holiday ;)

Assalamualaikum...


harini dah start kerja balik. Fuhh rasa mcam lama gila cuti. eh memang lama pun.
Dari hari selasa sampai ahad. haa lame kan. dengan rasa tak bersalah nye seminggu tu tinggalkan jurnal.
padahal sebakul bawak balik. ape nak jadi lah.
lepas tu ni curik masa lagi update belog. tak insaf2 lagi huhu..
wake up ayu wake up!
masa cuti takde buat ape pun. just layan semua cerita kat tv and addiction terbaru We Got Married sape tah name dia aku salu lupa haha. tapi sangat cool.ha nama dia Jung Yoomi and Jung Joonyoung.  Joonyoung tu sangat lah cool muka dia bila nyanyi. haih. melting. lepas tu dia sangat gilakan game haha. aku rasa eyebag dia tu sebab tak cukup tidur and tidur lewat sebab game. hehe. sila refer gambar diorang kat bawah hee.
lepas tu marathon habiskan novel the wedding breaker. noit bad novel dia takde konflik serius haha. and so sweet. nak suami macam Adam tu lepas dia berubah. hehe. 
oh balik hari tu layan wayang cerita the legend of hercules. 
ermm boleh tahan lah. nak layan alya nak tengok wayang.
tapi bila masuk wayang dia yang tidur. ZZzz haha.
thanks induk hehe..
our OOTD hehe
Induk with alya
Jung Yoomi and Jung Joonyoung.
Big bos layan kerusi urut.

okay dah bergonjeng sana sini haruslah semangat buat kerja. okay. thanks for you too for that day. you know who you are right. kepala macam berkarat dah ha. registration master tak setel lagi nih. adoii poning ha. semoga Allah permudahkan. daa~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...