بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam Isnin semua ..
weee entry kali ni nak cerita pasal ayok jalan muo or known as muar. hehe. last minit plan ni. asalnya Aini nak balik kampung jumaat tu sebab ada tahlil yasin kat rumah dia. Shiqin suggest kitorang ikut aini balik sekali hehe. then bermulalah short vacation trip kami hehe. aku teruja jugaklah sebab last datang muar pon tahun 2011 kot hehe. berzaman kan? tu pon datang muar sebab praktikal ada program kat sinil mulalah mengimbau memori kat sini hee. kitorang gerak pukul 6 dari kuala pilah pukul 8 kot sampai kat Felda Lenga.
sabtu takde pergi mana just dari pagi tolong family aini rewang. potong bawang, potong sayur semua lah tunjuk skill sikit . hehe. tahlil and yasin start pukul 3 macam tu. petang macam tu baru kitorang amik angin area-area lenga tu. Ahad baru kitorang jalan dekat muar. Asalnya nak jumpa Faha tapi tak sempat pulak. next time lah aku datang jumpa Faha hehe. tetibe rinduk pulak kat bebudak rumah sewa dulu.
Ahad tengahari gerak pergi bandar muar. kitorang lepak dekat Tanjung Mas. makan mee bandong kat situ. perhh. sedappp kot! hehe makan ABC, rojak petis lepas tu aini order air ape tah warna hitam tu aku lupa pulak. haha. maaf. after melantak tu, jalan-jalan kat tepi-tepi muara tu sambil photoshoot nak bakar balik kalori katanya! haha. sambil-sambil tu kenal pasti pokok bakau kat situ tak sesuai untuk research aku huhu. sebabnya tu dah air payau. kitorang sempat solat kat Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang terletak kat area Tanjung Mas tu. Oh ohsem nya dapat jenjalan hehe. takpe lepas ni plan nak pergi Melaka pulak hehe. aku dah lama angan-angan jalan melaka hehe.
![]() |
| Nyum-nyum. Onomnom ~ |
![]() |
| Tricklah sangat haha |
![]() |
| from left - ayu, shiqin and aini |




0 0 budak happy:
Post a Comment