Assalamualaikum ;)
mesti korang taw dah kan. mesti aku tengah ngantuk tahap gaban gila sekarang ni. buka blog terus celik mata iolss hehe. Haritu raya cina cuti jumaat sampai ahad. Jumaat aku gerak balik rawang tapi on the way balik tu aku singgah Opening Butik Sincerelybyus SBU kat bangi. perh aku ingat datang tepat pukul 11 dapat masuk awal. idokler.. ramai gila kot orang ada 200 meter kot orang beratur nak masuk. aku fatin and leha pergi carik bank dulu, pergi makan kat JM Beriani House kat dekat-dekat situ. konon-konon dengan harapan barisan akan jadi pendek. Harapan tinggal Harapan. Dah makan dah ade tenaga baru lah kitorang beratur dengan redha nya. haha.
nampak tak tu panjang sangat-sangat. sejam suku kitorang beratur. sampai owner buat announcement sape bawak anak, sape pregnant, rugi je tak suruh fatin ngaku pregannt. haha. so teruskan beratur sampai pukul 12 lebih kut. gigih tak? aku shopping tudung, baju and shades haha. macam banyak sangat duit kan. takpelah next time datang lagi hihi.
then sabtu pulak acara melawat projek kat kuala selangor. rancangnya nak buat sampling kat tempat kelip-kelip kampung kuantan kat kuala selangor tu. then aku usha-usha kawasan tu paya bakau dia takdelah tebal mana pun. cuma ada sebaris pokok bakau sepanjang sungai tu. sebab kelip-kelip habitat dia memang kena ada pokok bakau. berbanding dekat ngan muara kuala selangor tu tebal lah kawasan pokok bakau nya. okay then aku pon confius camana ni. takkan nak pergi kat Larut Matang tu? huhu. kuala selangor tu dekat je dari rawang lalu latar. hehe. lepas tengok site singgah makan kat restoran meee udang banjir kat tepi jalan betul2 bertentangan dengan masjid kat bukit malawati tu.
okay sedap lah tapi aku rasa kalau kuah dia pekat sikit mesti meletop-letop haha. mee kari udang dia pon sedap. harga almost RM8 camtu lah. udang pon besau dan banyak hehe. restoran ni Jalan-jalan cari makan pon penah datang. lepas tu on the way balik nampak pulak kedai cendol bakar yang ada drive thru tu. masha Allah ramai gila orang kot! papa cakap takpelah dah kenyang next time kita datang bukan jauh pun hehe.
okayy nexttt. Ahad pergi attend wedding Mumtaz dan pasangan dekat Dewan Bahasa dan Pustaka. waa seorang lagi kawan dah kahwin. huhu. Masa tengok Mumtaz and husband atas pelamin sayu pulak sebab fikir tengok kengkawan sorang-sorang kahwin. tapi actually happy for them too! sayu sebab pikir oh no aku dah tua! huhu. lepas tu sambil makan tu duk pikir-pkir berapa riban la nak kena ade nak kahwin nii. sambil merenung abang-abang katering dan lauk dalam pinggan haha. sengal betul.
![]() |
| Amik berkat sebelah pengantin hehe |
selamat pengantin baru Mumtaz Hayati dan Muaz, semoga berbahagia selamanya. kitorang naik pentas kali kedua masa ni nak jugak amik gambar ngan pengantin.
![]() |
| tengok nak amik berkat lagi hehe |
aku rasa aku pulak yang menyerlah dari pengantin sebab pakai baju merah ni ha. adoi. takpelah amik berkat seri pengantin pulak hehe.
see see belum cukup satu batch datang ni. dah nak roboh pelamin tu aku rasa. kalau masuk satu batch tataw mana nak selit hehe.
tiap kali wedding mesti jadi reunion. dapat jumpa kengkawan sekolah.gosip-gosip mak jemah pon ada lah masa ni. even kitorang lain kelas, lain dorm , lain perangai tapi ukhuwah yang terjalin bertahun-tahun takkan terpisah.sayang korang semua hehe. lepas ni ada yang nak kahwin, tunang , mommy to be. how time fly so fast ;) takpe bagi aku enjoy hidup sebelum berumah tangga fokus projek master dulu. hehe. tahun ni full calendar pergi wedding kahwin orang ;p. okaylah mata ku sudah celik. nanti gosip lagi okayy .
Ini wilayah Ceritayu bukan wilayah Celcom. ;)






0 0 budak happy:
Post a Comment